Tuesday, 11 December 2012

diriku dibasahi air hujan...

kulitmerah baru je balik dari meeting dengan jabatan kerajaan dekat pj, kulitmerah g sorang je, meeting sal new server yang diowang nak implement dekat company diowang. meeting stat kul 2 and habis dalam pukul 3. time nak g meeting tadi ok je cuaca nya...sekali time nak balik hujan la pulak...ku sangka kan panas hingga ke petang...rupanya hujan di tengah hari...hehee, pastu x bawak payung lak..mmg basah jugak la kene hujan...tapi naseb baek la hujan biase, kalau hujan asid...x ke naye dibuatnye..alhamdulillah sbb negara Malaysia jarang berlaku hujan asid, bukan x pernah berlaku cuma jarang sahaja. untuk mengelakkan berlakunya hujan asid ini, kita hendaklah menjaga alam sekitar agar kita sama2 beroleh manfaat dan menghindarkan kesan2 yang tidak baik kepada manusia, antaranya seperti pembuangan sampah merata-rata, kegiatan pembalakan haram yang berleluasa, pembakaran sampah secara terbuka, serta macam2 lagi...ok, same2 kita jaga alam sekitar ok, bukan untuk orang laen kita jage nie, untuk diri kita sendiri jugak...

~jangan maen2 dengan hujan asid nie..buruk padahnya, boleh mengakibatkan kematian tau...kalau kene, KULIT anda mst MERAH N BERDARAH...peace yo..^^y

Funny Facts about lelaki yang korang x tau atau buat-buat x tau...


• 99.9% lelaki amat pandai masak kari…..tapi megi kari saja la.
• Lelaki kadang2 memang suka memasak….tapi amat malas nak
basuh periuk belanga serta pinggan mangkuk…
• Apabila lelaki memasak umpama sedang bertukang umah… bukan
main bising lagi.
• Adalah kebiasaan lelaki memasak tanpa memakai baju…pastu,
sambil isap rokok plak…
• Menu utama masakan lelaki adalah telur goreng, sardin, telur
goreng dan juga sardin. Tak ketinggalan jugak kicap masin…
• Jika seorang lelaki yg rajin memasak, anda akan dapati gas
masakan akan cepat habis, kerana lelaki memasak selalunya guna
api yg kuat…cepat sikit masak.
• Keadaan dapur rumah orang lelaki yang bersepah sepah adalah
satu pemandangan biasa yang mempunyai nilai artistiknya yang
tersendiri…
• Dan lelaki tidak akan merungut sekiranya masakan itu dimasak
oleh seorang lelaki..tetapi peng’komplen’ nombor satu jika
makanan itu di masak oleh wanita..
Antara sebab sebab lelaki memasak:
• Malas nak pegi kedai
• Hampir hampir pokai
• Nak menghabiskan stock makanan yang dah nak expired
• Mental theraphy
• Konon konon nak practice…nanti buleh amik hati pasangan
• Buang tebiat…
Walaupun begitu, chef chef terkemuka dunia masih terdiri daripada
kaum lelaki yang hensem2 tapi kenyataanya semua makhluk ciptaan Allah S.W.T adalah indah2 belaka serta mempunyai kelebihan dan kekurangan yang harus diterima oleh setiap manusia...
Sumber : amekaw.com
~kruk2 garu kulit sampai merah, bukan sebab ade penyakit kulit tapi sbb gatal digigit serangga...hehee, peace yo..^^y

nokia 3310 memang legend

Ok pagi nie kulitmerah tetiba teringat lak ngan satu handphone yang amat digilai ramai di suatu ketika dahulu, pada waktu itu kulitmerah berusia belasan tahun, penggunaan handaphone pada ketika itu amat lah terhad, hanya mereka yang berpendapatan yang pada mereka selesa seperti every month gaji diowang melebihi dari mencukupi, tidak semestinya tinggi tetapi pendapatan mereka pada tahap selesa setiap bulan, tidak perlu ikat perut untuk berjimat. handphone yang kulitmerah ingin nyatakan ini adalah handphone 3310 yang dikeluarkan oleh Syarikat Telekomunikasi terkenal pada suatu ketika iaitu Nokia, kalau zaman sekarang mybe Samsung dah takeover kot. Walaweh, kalau ade orang yang pakai handphone nie mybe dalam tahun 2000-2003, perh...mmg hebak mung hebak...oghe laen mesti usha je kalau tetibe handphone nie berbunyi n keluar dari poket si pemilik handphone...pastu adela mulut duk soseh2 cakap...wa hebat nye mamat/minah tu...tambah2 lak kalau si pemilik tersebut masih di bangku sekolah, mybe mereka dapat dari kedua ibu-bapa mereka yang    terlalu menyayangi anak mereka dengan menghadiahkan handphone untuk digunakan serta memudahkan anak mereka jika berlaku kecemasan, tapi jarang sgt lah....selalunya diowang nie salu bawak g sekolah nak tayang2 je kat member2 hehehe....handphone nie mempunyai ciri2 asas sebagai handphone, antaranya adalah seperti boleh membuat panggilan serta menerima panggilan, menghantar pesanan ringkas aka message, maen game snake, pastu ada ringtone die bunyi ting tong tung teng tang, kita boleh ubah alunan ringtone tersebut berdasarkan mood serta citarasa si pengguna, n ianya juga boleh diedit dengan memasukkan coding atau code lagu yang boleh didapati dari majalah handphone...ade bnyak la lagu, lagu melayu, omputih, hindustan, chinese n mcam2 la...mmg satu dunia nye lagu ade, bukan satu malaysia je...hehehe...ok la sampai di sini sahaja cerita mengenai Nokia 3310, sbb kulitmerah dekat opis nie...keje da siap, so x tau nak buat ape...maen blog jela...ok la bye...

~maen la handphone sampai kulit jari kamu merah n berdarah...hahaha...keypad die mmg keras sikit, sampai melecit jari nak menaipnye...peace yo..^^y

12-12-12 apocalypse day by Nasa, wajib kita jauhi.

Salam semua...
Sejak akhir2 ini, sering kali kiter digembar-gemburkan akan berita mengenai apocalypse day yang dikeluarkan oleh nasa serta didokong oleh kalendar Maya yang menyatakan bahawa dunia akan berakhir pada bulan 12 ini oleh kerana didalam kalendar Maya tersebut akan berhenti dan akan restart kembali kepada tarikh atau tahun yang baru. Tetapi semua itu tidak dapat membuktikan bahawa dunia akan kiamat, kerana, kita sebagai umat yang beragama Islam, mempercayai bahawa hari kiamat adalah rahsia dari Allah S.W.T, namun hari kiamat adalah pasti. Oleh itu kita tidak perlu lah mempercayai sebarang bentuk maklumat yang mempunyai percanggahan di dalam agama Islam kerana ianya boleh memesongkan akidah kita sebagai seorang Islam. Walau ape pun, banyak2 kan lah beribadat serta amalan soleh agar kita terhindar dari fitnah dajal di akhir zaman, serta ditempatkan diri kita di kalangan orang2 yang beramal soleh disisi Allah S.W.T.

~banyak2 kan lah beribadat dan beramal soleh, serta bertaubat lah selagi sempat, amar makruf, nahi mungkar walau sehingga kulit anda merah dan berdarah...peace yo..^^y

penangan burung merah...

Salam kepada semua pembaca,
Ini adalah entri pertama untuk blog kulitmerah, semua entri yang akan dikeluarkan dari blog ini akan berkaitan dengan kulit merah, dan tagline untuk blog ini juga adalah... garulah kulit anda sampai merah berdarah...hehee.
Ok, entri pertama adalah berkaitan permainan yang semakin berleluasa diserata negara, bukan di Malaysia sahaja, bahkan di seluruh dunia, permainan tersebut adalah Angry Bird aka burung marah, permainan nie sangatlah mudah, tarik lepas, mision die adalah untuk menghancurkan kotak2 n batu2 yang melindungi babi yang x henti2 menguik2, hehehe, warnanya hijau, camne la kalau babi nie betol2 warna hijau di alam realiti...msti da kene serbu perwarna pandan, pape pun, permainan nie mmg best n senang nak main, budak kecik 3 tahun pun da reti main sampai la ke golongan warga emas...dalam game akan ada level2 yang perlu dilepasi oleh pemain, oleh itu pemain hendaklah bersabar dan mempunyai skill dalam menggunakan burung2 yang disediakan dalam setiap level game...nie link untuk maen game Angry Birds... angry birds selamat bermain.

maenla game nie sampai kulit korang merah berdarah....peace yo..^^y